Melalui pertandingan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, merangkumi aspek kelebihan, kekurangan dan juga penambahbaikan.
KELEBIHAN
- Setiap program atau pertandingan yang dijalankan pasti mempunyai objektif atau tujuan yang ingin dicapai. Melalui pertandingan ini, terdapat beberapa kelebihan yang dikenal pasti dan memberi impak yang positif secara keseluruhan:
- Pelajar dapat mempelajari cara-cara permainan tradisional yang menjadi kebanggaan warisan Malaysia.
- Pelajar dapat memupuk semangat berdaya saing antara satu sama lain.
- Pelajar mendapat pendedahan tentang permainan tradisi dari zaman nenek moyang mereka dan tidak hanya tertumpu pada permainan moden.
KEKURANGAN
- Memandangkan ini merupakan kali pertama aktiviti sedemikina dijalankan, terdapat beberapa kekurangan yang memerlukan pemerhatian dan juga penambahbaikan pada masa akan datang:
- Kekurangan bilangan juri/ fasilitator menyebabkan berlaku sedikit salah faham antara pemain.
- Terdapat sebilangan pelajar yang tidak memahami cara bermain dengan betul.
- Kekurangan alatan permainan seperti guli dan papan congkak.
SARANAN
Bagi memastikan kelancaran sesebuah pertandingan pada masa akan datang, beberapa penambahbaikan perlu diambil kira supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. memandangkan pertandingan ini adalah yang pertama kali diadakan, ia dikira sebagai satu kejayaan buat sekolah dan juga pihak pengurusan kerana berjaya mencapai objektif utama pertandingan ini.
Untuk tahun yang berikutnya, pihak pengururusan mungkin boleh mempelbagaikan acara dalam pertandingan permainan tradisional seperti galah panjang, gasing, batu seremban, wau dan sebagainya. Tuntasnya, generasi muda khususnya pelajar harus diberi pendedahan mengenai permainan tradisional agar mereka lebih menghargai dan menghayati warisan negara kita. Elemen-elemen luar yang banyak mempengaruhi anak muda zaman kini bukan hanya membuatkan mereka lupa akan kewujudan permainan tradisional tetapi juga mendatangkan impak yang negatif terhadap tradisi nenek moyang mereka. Tanggungjawab untuk mengembalikan permainan ini bukan hanya terletak di pundak institusi pendidikan khususnya sekolah, tetapi harus dikendong oleh setiap lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment