PERSEDIAAN PERTANDINGAN

Pertandingan permainan tradisional seumpama ini merupakan pertama kali dijalankan di sekolah kerana pihak sekolah lebih tertumpu kepada sukan dan permainan seperti bola baling, bola tampar, hoki, ping pong dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertandingan permainan tradisional ini dianggap satu titik permulaan yang baik sebagai pendedahan awal kepada generasi muda.

Kempen bagi mempromosikan pertandingan permainan tradisional telah dijalankan selama satu (1) minggu. Semua pelajar di sekolah dialukan untuk menyertai pertandingan. Ianya diadili melalui sistem kalah mati. Penggunaan sistem ini akan lebih memudahkan pihak pengurusan kerana ia menjimatkan masa dan tempoh pertandingan. Pihak pengurusan pertandingan menganggarkan jumlah penyertaan seramai 70 orang pelajar.

Bagi memastikan program berjalan dengan lancar, pihak pengurusan telah menyediakan dewan sehari sebelum pertandingan berlangsung. Kelab Sepak Takraw telah dipilih bagi menguruskan dan menyelia pertandingan. 

Pertandingan ini dijalankan pada hari Sabtu (10 Mei) iaitu hari yang sama aktiviti kokurikulum (sukan dan permainan) dijalankan dan bertempat di dewan sekolah.

Berikut merupakan objektif Pertandingan Permainan Congkak dijalankan:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap permainan tradisional di Malaysia.
  2. sebagai usaha mengadakan kegiatan yang sihat antara pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara langsung dapat menghindarkan mereka daripada kegiatan yang merugikan diri.
  3. menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara pelajar yang terdiri dari pelbagai persatuan. 
Melalui kertas kerja yang dihasilkan, kos pertandingan ini dianggarkan sebanyak RM685 , meliputi:

Sarapan
:
RM 1.00 x 70
= RM 70
Papan congkak + Guli
:
RM 20 x 20 set
= RM 400
Hadiah  & Saguhati
:
(RM 15 x 5) + (RM 7 x 10)
= RM 145
Cenderamata guru
:
RM 10 x 7
= RM 70
Sijil
:
(Sumbangan dari pihak sekolah)
JUMLAH
:
RM 685

No comments:

Post a Comment