PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

Berikut merupakan tentatif pada hari pertandingan permainan congkak diadakan:

7.30 pg
:
Pendaftaran peserta & sarapan

8.00 pg
:
Taklimat pertandingan

8.30 pg
:
Pertandingan berlangsung

10.30 pg
:
Penyampaian hadiah

11.00 pg
:
Bersurai


Seramai 56 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini.pelajar diberi pasangan lawan secara rawak mengikut senarai peserta. Peserta hanya perlu bermain sebanyak satu (1) pusingan dan pemenang dipilih berdasarkan bilangan guli yang terbanyak di antara dua rumah. Memandangkan jenis pertandingan ini adalah kalah mati, pelajar yang menang sahaja akan melalui peringkat berikutnya. Pihak pengurusan bersetuju untuk memilih 5 pemenang dan juga menyediakan 10 hadiah saguhati. Kesemua peserta diberi sijil sebagai tanda penyertaan. 

Pertandingan dijalankan mengikut sistem kalah mati

Rumah yang memiliki guli terbanyak dikira sebagai pemenang

Peserta diadili oleh guru dan juga pelajar Tingkatan 5

Hadiah pemenang dan juga saguhati disediakan oleh Kelab Sepak Takraw

Saguhati juga diberikan kepada guru-guru yang terlibat dalma pertandingan ini

No comments:

Post a Comment